Friday, 27 June 2008

Ku Melihat Bintang



Bila mentari menyinar,
ku rasa bahangnya membakar,
bila mentari tunduk ke bumi,
ku rasa diri ini sunyi,
tiada teman seorang diri.

Dalam kepekatan malam ku lihat,
ada bintang-bintang kecil turut bersama,
ohh.. indahnya ciptaan Tuhan,
pada yang mahu memikirkan,
rahsia segala yang tercipta,
tersembunyi pada kurniaan rahmatnya.

Di sebalik terang sinar suria,
ada yang buta melihat dunia,
namun pada malam yang gelita,
ada insan yang terus berdoa.

.. sumenye ttg bintang, ilham dari kawakib...

Tuesday, 17 June 2008


"murur ma'ak ya astar"(berhentikan aku di Murur). Kedengaran suara separuh menjerit dari us Yasir membuatkan pemandu memberhentikan tramconya di Murur, satu tempat yang tidak asing lagi bagi pelajar Malaysia yang belajar di bumi Mansurah Mesir, khususnya bagi pelajar ikhwah yang mengambil jurusan Bahasa Arab dan Usuluddin.

Aku antara ratusan pelajar Malaysia yang menetap di Murur dan berhampiran dengan kuliah banin. Pada waktu sebegini, masa cuti penggal akhir pengajian di universiti Al-Azhar kebiasaannya Us. Yasir akan datang ke rumah ku untuk sama2 bermuzakarah kitab nahu(salah satu matapelajaran Bahasa Arab). Kalau dahulunya Us. Yasir adalah sahabat yang sama2 menyewa rumah bersama ku, tapi sekarang rentak hidupnya sudah berbeza. Aku dengan zaman solo ku dan Us. Yasir pula sudah selamat berumah tangga sejak dari tahun lepas.

Kembali kepada kitab..........

Kawakib Durriyyah di karang oleh ulama' yang masyhur Sheikh Muhammad bin Muhammad bin Abdul Bari Al-Ahdali. Kitab ini antara ribuan kitab2 nahu dan sering di bacakan di Pondok2 sekitar Malaysia. Ia(bintang2) merupakan pelengkap dan penyempurnaan bagi kitab Ajrumiah(Matan Ajrumiah). Hari ini aku telah belajar banyak perkara dalam kitab ni, sedar xsedar dah banyak muka surat telah kami bincangkan semenjak beberapa hari yang lepas. Aku, Us. Yasir dan Us. Basyir. Sekarang, sudah hampir satu jam kami di ruang tamu....

Untuk hari ini mudah2an segala ilmu yang kami pelajari dapat memberi manfaat di kemudian hari. Semoga kami sentiasa istiqamah hingga akhirnya. Sehingga bintang2 yang tinggi dapat di capai.... Untuk hari esok dan mendatang kita tidak pasti dengan jelas apa yang akan berlaku pada diri kita. So, untuk hari ini pergunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin.......

Allahumma yassir, wala tu a'ssir......
peace

Sunday, 15 June 2008

mencuba untuk menulis


malam ni baru nk cube2 menulis. "tulisan harini untuk kenangan masa depan.." bersungguh-sungguh pade(ahli bait aku yang hebat dlm tulis2 blog nih) menjelaskan prinsipnya tentang tulisan dlm blog. mungkin ade btolnya. ape yang aku ade sebagai kenangan hidup aku sebelum ni??.. zero. kosong. ni kire percubaan pertama la.. kalau x ok,aku delete jer lepas ni.. ape2 hal pon sape nk amek peduli psl hidup aku.

ini saya punya hidup. saya yang menggerakkan tgn ni utk menulis. saya yang teringin nk buat blog.. ini kisah hidup saya!!.......

korang boleh pg jahanam dgn komen yg x membina..setan