Friday, 27 June 2008

Ku Melihat Bintang



Bila mentari menyinar,
ku rasa bahangnya membakar,
bila mentari tunduk ke bumi,
ku rasa diri ini sunyi,
tiada teman seorang diri.

Dalam kepekatan malam ku lihat,
ada bintang-bintang kecil turut bersama,
ohh.. indahnya ciptaan Tuhan,
pada yang mahu memikirkan,
rahsia segala yang tercipta,
tersembunyi pada kurniaan rahmatnya.

Di sebalik terang sinar suria,
ada yang buta melihat dunia,
namun pada malam yang gelita,
ada insan yang terus berdoa.

.. sumenye ttg bintang, ilham dari kawakib...

0 Comments:

Post a Comment